Sumbangan Vivekananda Swami_Vivekananda

Apakah sumbangan Swami Vivekananda kepada agama Hindu? Vivekananda sendiri berkata: “Tugas memberikan idea-idea agama Hindu dalam bahasa Inggeris, memberi makna kepada falsafah-falsafah hambar, mitologi yang rumit dan psikologi yang pelik untuk menjadikan suatu agama yang senang, mudah, popular, disamping memenuhi keperluan intelek yang tinggi adalah satu tugas yang hanya boleh difahami oleh mereka yang telah mencubanya. Advaita yang abstrak mesti dihidupkan dan dijadikan menarik dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai murni harus dihasilkan daripada mitologi yang rumit. Psikologi yang saintifik dan praktikal mesti lahir daripada amalan Yoga yang membingungkan. Semuaini mesti menjadi sesuatu yang kanak-kanak juga boleh memahami. Itu ialah matlamat hidup saya.”

Sumbangan khas Vivekananda boleh dirumuskan begini[4]:

  • Membebaskan Vedanta daripada monopoli golongan pendeta Hindu dan mengajarnya sebagai satu agama universal yang boleh diterima dan diamalkan oleh insan sejagat.

Walaupun secara umumnya, Vivekananda mengikuti falsafah Advaita Sankara dalam ajaran Hinduisme dan Vedanta, beliau juga telah memberikan beberapa sumbangan asli. Ini boleh dirumuskan seperti berikut:

  • Veda bukan kitab-kitab tertentu sahaja. Seperti mana sains merangkumi semua hukum sains alam fizikal, Veda merangkumi semua hukum abadi alam kerohanian.
  • Tiga sistem Vedanta iaitu Advaita, Visistadvaita dan Dvaita adalah tidak bercanggah antara satu sama lain. Sistem-sistem ini menunjukkan Kebenaran (atauTuhan) dari perspektif berlainan.
  • Memberikan interpretasi yang jelas tentang konsep Maya dalam Vedanta. Menurut Vivekananda, Maya ialah satu kenyataan fakta tentang alam ini dan bukannya satu teori semata-mata.
  • Semua konsep manusia mengenai Tuhan adalah antropomorfik dan ia tidak boleh dielakkan.

Demikian, Vivekananda menjadikan Vedanta satu agama yang praktikal denganmenekankan aspek Sadhana (aktiviti-aktiviti kerohanian) seperti sifat tersisihdan kedahagaan untuk Tuhan.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974